Aku’lah!
Nota hadapan:
Laman coret aku ini adalah cerminan yang asal. Kerana yang asal itu ‘pelayan’nya sedang sakit, masih tidak dipulihkan. Gantinya adalah cerminan ini. Harap memadai untuk semua.
Kecil dulu aku pandai kecek Kelate’, aku lahir di Besut. Jangan gelar aku orang Ganu, sebab aku bukan, mak bapak aku juga bukan. Tumpang sebentar.
Bila lima tahun, aku diam di tanah pertanian – Serdang. Aku orang Selangor, senang cerita. Dari aku lima tahun hingga sekarang, orang tua aku masih diam di situ. Aku lihat tanah itu terbangun. Dulu orang KL kata Serdang itu “jauh gila”, tapi sekarang semua orang tak heran lagi.
Aku rasa aku sederhana. Macam orang lain. Mudah. Tak menyusahkan orang lain, orang pun tak susahkan aku. Tapi jangan buat aku marah, sebab aku tak suka. Aku tak suka marah. Tak bagus.
Aku ‘budak sains’. Istilah zaman sekolah. Walau aku pernah tak pandai ‘kira-kira’, tapi aku minor Matematik. Aku pandai Fizik, tapi tak pandai Kimia. Lalu, aku lulus dalam kejuruteraan. Tapi, aku tak pernah jadi jurutera, aku tak pandai juga tak mahu. Jiwa kacau juga ya?
Dari sebelah kiri aku melintas ke sebelah kanan. Kiri tempat analitik. Kanan tempat artistik. Aku di mana? Aku pernah di kiri, sekarang aku di kanan. Kadang-kadang aku ke kiri semula. Adakala, aku di keduanya sekali. Aku apa?
Aku’lah!

Salam… Aku rasa aku cam kenal ko ni … Dulu sekolah kat Sekolah kebangsaan serdang kan… dulu rumah kat tepi highway.. sori lupa nama tempat lak…
Salam,
Iya, aku ingat kau – Hajariyah Daud.